Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsi-kan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.
Squid Game (Musim 3)
Platform: Netflix
Diterbitkan pertama kali pada tahun 2021, Squid Games menjadi satu fenomena besar di dalam penyediaan kandungan untuk penstriman. Hampir empat tahun kemudian, siri ini memasuki ke musim terakhir sekurang-kurangnya kisah yang berkait dengan Seong Gi-hun yang percubaannya untuk menamatkan permainan kejam ini buat selama-lamanya ini tidak berhasil dan menyedari realiti mengenai persahabatan dan pengkhianatan. Adakah Seong Gi-hun akan berputus asa dan sekadar mengikuti arus permainan atau akan mencuba sekali lagi untuk mencapai tujuannya menyertai permainan ini sekali lagi?
Marvel’s Ironheart
Platform: Disney+ Hotstar
Riri Williams merupakan seorang yang bijak dan selepas kejadian di dalam Black Panther: Wakanda Forever dia mula menyedari yang ciptaan-ciptaannya bukan sahaja boleh membawa kebaikan tetapi juga pelbagai masalah yang akan hadir bersama. Di dalam siri kendiri ini, dia menghadapi pula konflik dengan The Hood dan masalah di antara teknologi dan juga kuasa mistik, mengenai persahabatan dan juga tanggungjawab yang hadir dengan kebolehan dimiliki olehnya.
The Day the Earth Blew Up: A Looney Tunes Movie
Platform: Max
Selepas dunia diancam oleh satu makhluk asing yang mempunyai sifat chewing-gum, hanya dua ‘adiwira’ yang dapat menentangnya iaitu Daffy Duck dan Porky Pig. Di dalam filem animasi pertama berdasarkan Looney Tunes ini, ia membawa satu penceritaan baharu yang penuh dengan komedi dan juga plot twist yang tidak akan dijangkakan oleh penonton. Kelihatan ganas, tetapi filem animasi ini masih dihasilkan untuk kanak-kanak.
Countdown
Platform: Prime Video
Detective Mark Meachum lakonan Jensen Ackles telah dipanggil untuk menyertai satu skuad bersama dengan agensi-agensi lain di dalam cubaan untuk menyiasat mengenai pembunuhan seorang anggota Department of Homeland Security secara terbuka. Siasatan tersebut bukan sahaja menjadi semakin rumit tetapi menjadi semakin berbahaya yang dapat mengancam keselamatan jutaan penduduk di bandar Los Angeles.
Flight Risk
Platform: Apple TV(Sewa/Beli)
Seorang US Marshals Madolyn Harris lakonan Michelle Dockery telah menangkap Winston iaitu seorang akauntan yang mempunyai rahsia mengenai seorang ketua penjahat di Alaska. Dia telah mengupah satu kapal terbang kecil untuk membawa mereka, kapal terbang tersebut di pandu oleh Daryl Booth lakonan Mark Wahlberg. Di dalam perjalanan dia mula menyedari yang Daryl Booth mempunyai agenda tersendiri dan dia terpaksa memastikan dia dan Winston terus terselamat semasa berada di atas udara ini.


