Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsi-kan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.
Gladiator II
Platform: Max
Selepas 24 tahun, Gladiator kembali dengan filem kedua dan kali ini memfokuskan kepada Lucius Aurelius lakonan Paul Mescal, selepas kematian bapanya iaitu Maximus dia telah dihantar keluar daripada Rom untuk mengelak daripada pembunuh upahan, tetapi selepas Rom menjajah tempat tinggalnya isterinya telah terbunuh dan dia telah ditangkap dan dijual sebagai hamba. Dia bertekad untuk membalas dendam dan perlu menjadi Gladiator untuk melakukannya.
Baca: Ulasan Gladiator II
Duster
Platform: Max
Siri yang dihasilkan oleh J. J. Abrams dan LaToya Morgan ini adalah mengenai ejen FBI wanita kulit hitam pertama iaitu Nina Hayes lakonan Rachel Hilson bertekad untuk menghentikan satu kumpulan jenayah yang diketuai oleh Ezra Saxton lakonan Keith David. Untuk melakukannya, dia telah meminta bantuan pemandu berbakat Jim Ellis lakonan Josh Holloway.
Bet
Platform: Netflix
Bet merupakan siri aksi nyata berdasarkan Kakegurui iaitu siri manga dan anime popular yang dihasilkan oleh Homura Kawamoto dan Toru Naomura. Siri ini memfokuskan kepada sebuah sekolah yang menjadikan judi sebagai cara utama untuk mendapat segalanya. Ia juga memfokuskan kepada Yumeko iaitu pelajar baharu di sekolah tersebut yang cuba membalas dendam terhadap pembunuhan ibu bapanya.
Love, Death & Robots (Musim 4)
Platform: Netflix
Siri animasi antologi ini kembali lagi untuk musim keempat, seperti musim-musim lepas, setiap episod bukan sahaja mempunyai penceritaan tersendiri tetapi juga diarahkan oleh pengarah berbeza dan dihasilkan oleh studio animasi yang berlainan. Antara yang terlibat di musim ini ialah David Fincher, Robert Valley, Patrick Osborne, dan Tim Miller sebagai pengarah bersama dengan Blur Studio, Passion Animation Studios, AGBO, dan Polygon Pictures untuk studio animasi.
Murderbot
Platform: Apple TV+
Satu robot yang mempunyai kesedaran diri dan memanggil dirinya sebagai ‘Murderbot’ perlu menyorok mengenai kebolehannya tersebut dengan melakukan segala tugasa yang diberikan tetapi pada masa sama semakin berminat dengan emosi manusia. Murderbot di bawa oleh Alexander Skarsgard bersama dengna senarai pelakon lain seperti Noma Dumezweni, David Dastmalchian, Sabrina Wu, Akshya Khanna, Tattiawna Jones, dan Tamara Podemski.


