Netflix telah berkongsi treler untuk The Old Guard 2 selain memperlihatkan pelbagai aksi, dengan Andy lakonan Charlize Theron yang telah hilang immortality selepas kejadian di dalam filem pertama, perlu menghadapi ancaman daripada pelbagai pihak termasuk juga watak lakonan Uma Thurman yang bertekad untuk membunuhnya.

Selain itu, Andy juga menjadi sasaran Qunynh yang sudah terlepas daripada penjaranya, tetapi dia tidak berseorangan kerana dibantu oleh pasukannya Nile lakonan Kiki Layne, Joe lakonan Marwan Kenzari, Nicky lakonan Luca Marinelli dan James Copley lakonan Chiwetel Ejiofor bersama dengan Tuah lakonan Henry Golding.
Filem ini akan tiba di Netflix pada 2 Julai 2025.