Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsikan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.
Bagi minggu ini, berikut adalah 5 kandungan menarik yang anda boleh strim:
A Man on the Inside
Platform: Netflix
Siri komedi ini adalah mengenai Charles Nieuwendyk lakonan Ted Danson yang merupakan bekas professor kolej yang sudah bersara dan telah mengambil pekerjaan sebagai pembangun penyiasat untuk detektif persendirian iaitu Julie lakonan Lilah Richcreek. Kesemua 8 episod untuk musim pertama sudah boleh ditonton.
Our Ocean
Platform: Netflix
Dokumentari oleh studio yang membawa dokumentari Our Planet kini hadir dengan Our Ocean yang memfokuskan kepada kehidupan di dalam lautan. Dokumentari ini disampaikan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Saudi Pro League: Kickoff
Platform: Netflix
Liga bola sepak Arab Saudi bukanlah liga yang menarik perhatian dunia, sehinggalah antara pemain terbaik di dunia iaitu Cristiana Ronaldo menyertai kelab liga tersebut, Al-Nassr, ia mula mendapat perhatian dan lebih ramai pemain-pemain bola sepak terkenal menyertai liga tersebut. Dokumentari ini memfokuskan bagaimana kelab-kelab utama melalui liga ini.
Cruel Intentions
Platform: Prime Video
Siri drama yang memfokuskan kepada hierarki sosial di tempat pembelajaran elit iaitu Manchester College dan memfokuskan kepada adik beradik tiri Caroline dan Lucien yang ingin berada di puncak hierarki tersebut dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Ia merupakan penghasilan semula untuk filem berjudul sama yang merupakan adaptasi kepada novel Les Liasions Dangereuses.
Interior Chinatown
Platform: Disney+ Hotstar
Siri aksi komedi ini dihasilkan oleh Charles Yu berdasarkan novel berjudul sama oleh beliau sendiri yang diterbitkan pada tahun 2020. Siri ini adalah mengenai Willis Wu lakonan Jimmy O. Yang iaitu seorang pelakon yang kurang berjaya tetapi telah menjadi tumpuan apabila dia menyaksikan jenayah di Chinatown.


