Apple Arcade telah mengumumkan yang bulan Disember ini, perkhidmatan tersebut akan menerima 15 permainan baharu termasuk juga permainan RPG klasik Final Fantasy dan Final Fantasy IV.

Permainan-permainan ini akan tiba pada 3 tarikh iaitu 5 Disember, 9 Disember dan 9 Januari. Senarai permainan adalah seperti berikut:

5 Disember 2024

  • Boggle: Arcade Edition (Zynga)
  • PAC-MAN 256+ (Bandai Namco / Hipster Whale)
  • Hot Wheels: Race Off+ (Hutch Games)
  • Talking Tom Blast Park (Outfit 7)
  • Barbie Color Creations+ (StoryToys Limited)
  • Little Cities: Diorama (nDreams Limited) – Apple Vision Pro

9 Disember 2024

  • Final Fantasy IV 3D Remake (Square Enix)
  • FF IV: The After Years+ (Square Enix)

9 Januari 2025

  • Skate City New York (Snowman and Agens)
  • Three Kingdoms Heroes (Koei Tecmo)
  • Final Fantasy+ (Square Enix)
  • Trials of Mana+ (Square Enix)
  • Rodeo Stampede+ (Sky Zoo Safari)
  • It’s Literally Just Mowing+ (Protostar)
  • Gears & Goo (Resolution Games) – Apple Vision Pro

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+

Leave a Reply