Path of Exile 2, permainan aksi pengembaraan isometrik terbaru oleh Grinding Gear Games sepatutnya melancarkan akses awal permainan tersebut pada pertengahan bulan November tahun ini.
Akan tetapi, syarikat tersebut, melalui Jonathan Rogers, pengarah permainan tersebut baru sahaja mengeluarkan satu video tentang pelancaran permainan tersebut, yang nampaknya akan ditunda ke 6 Disember 2024.
Menurut beliau, ini bukanlah kerana syarikat tersebut belum habis dibangunkan, tetapi adalah kerana isu pemindahan dan integrasi akaun pemain sedia ada. Ini adalah kerana sebelum ini, Grinding Gear Games telah menjanjikan bahawa kesemua pembelian kandungan yang dilakukan melalui Path of Exile pertama akan disokong pada permainan baru, tidak kira untuk PC ataupun konsol permainan.
Nampaknya integrasi akaun pemain diantara permainan Path of Exile pertama dan Path of Exile 2 masih tidak berada pada tahap memuaskan lagi, dan oleh kerana ini, syarikat tersebut memerlukan sekitar tiga minggu tambahan untuk memastikan ia hadir tanpa isu.
Dari segi permainan, nampaknya Path of Exile 2 nampaknya tidak menghadapi sebarang masalah, dan sedia dimainkan oleh para peminat permainan asal.


