Skip to main content

Jika anda, seperti saya sedang menunggu berita mengenai siri aksi nyata One Piece, nampaknya terdapat beberapa laporan yang telahpun mendedahkan siapa yang akan memainkan dua watak penting dalam jalan cerita musim kedua, iaitu Mr. 0 dan Miss All Sunday, atau lebih dikenali sebagai Crocodile dan Nico Robin.

Dalam kiriman terbaru Netflix TUDUM, yang sepatutnya hanya memperlihatkan set penggambaran musim kedua One Piece, mereka nampaknya telah mendedahkan nama kedua-dua pelakon ini. Joe Manganiello akan memainkan watak Mr. 0/Crocodile, manakala Lera Abova akan memainkan watak Miss All Sunday/Nico Robin.

Joe Manganiello dikenali untuk lakonannya didalam filem Spider-Man 3, siri televisyen True Blood, How I Met Your Mother dan juga One Tree Hill. Lera Abova pula pernah memainkan watak dalam filem Anna dan Pitch Perfect: Bumper in Berlin.

Ini cukup menarik kerana seperti yang sedia maklum, kedua-dua watak ini memainkan watak sampingan dalam jalan cerita Whisky Peak di musim kedua, tetapi akan memainkan peranan jauh lebih penting dalam jalan cerita utama Alabasta yang dijangka akan diperlihatkan dalam musim ketiga kelak.

Buat masa ini Netflix masih belum mengesahkan lagi bilakah musim kedua siri ini akan disiarkan.

Leave a Reply