Apple Arcade telah mengumumkan yang 8 permainan akan disertakan di dalam perkhidmatan tersebut pada akhir September dan juga awal Oktober ini. Antaranya adalah Balatro+ yang akan tiba pada 26 September 2024.

Balatro merupakan permainan kad dibangunkan oleh LocalThunk dan diterbitkan oleh Playstack yang menyertakan elemen poker dan juga roguelike. Ia sudah dilancarkan untuk PlayStation, Xbox, Nintendo Switch dan PC sejak Februari lepas dan akan tiba untuk peranti pintar bermula 26 September ini.

Manakala pada 3 Oktober ini, NBA 2K25 Arcade Edition akan kembali yang merupakan kemaskini untuk siri permainan NBA 2K ini. Ia disertakan bersama dengan Food Truck Pup+, Furistas Cat Cafe+, dan Smash Hit+.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+

Sohor Kini