Pameran Animasi Jujutsu Kaisen telah diumumkan akan berlangsung bermula pada 16 Ogos sehingga 20 Oktober 2024 di Fahrenheit88, Kuala Lumpur. Pameran ini akan memfokuskan kepada versi animasi untuk siri ini dengan pengunjung dapat melihat karya-karya asal oleh Mappa iaitu studio yang bertanggungjawab menghasilkan siri anime.

Anda boleh mula melakukan pembelian tiket untuk pameran ini melalui Ticket2u, Klook, dan Incutix. Bayaran kemasukan adalah RM55, bagi pembelian awal, ia boleh didapatkan dengan harga RM45. Anda juga boleh dapatkan berkas yang ditawarkan dengan pelbagai barangan tambahan. Berkas ini boleh ditawarkan dengan pilihan harga RM95, RM150 dan RM280 yang juga akan menyertakan tiket pameran.
Jujutsu Kaisen merupakan siri mangan yang dihasilkan oleh Gege Akutami, ia diterbitkan sejak tahun 2018 dan masih sedang diterbitkan. Siri anime ia telah menerima dua musim yang tamat disiarkan pada akhir tahun lepas.