Sony Pictures telah berkongsi treler untuk Wolfs iaitu filem terbaru yang diarahkan, ditulis oleh Jon Watts yang sebelum ini mengarah filem Spider-man. Filem ini akan tiba di pawagam pada 20 September 2024.

Wolfs adalah mengenai Jack lakonan George Clooney dan Nick lakonan Brad Pitt yang tanpa disedari mendapat satu pekerjaan yang sama untuk membersihkan tempat pembunuhan. Keadaan menjadi lebih rumit dan memaksa untuk mereka bekerjasama.

Senarai pelakon lain adalah Austin Abrams, Amy Ryan dan Poorna Jagannathan.

Sohor Kini