Berita baik untuk peminat tegar siri anime dan manga, khususnya anda yang meminati siri animasi Ghost in The Shell. Syarikat animasi Jepun terkemuka Science Saru hari ini baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah memulakan projek baru yang melibatkan tajuk anime terkemuka tersebut.

Ghost in The Shell bermula sebagai karya manga yang dihasilkan oleh artis manga terkemuka Masamune Shirow, dan telah hadir dengan sejumlah besar karya multimedia lain yang termasuklah siri anime televisyen dan filem yang terkemuka, permainan video, malah siri filem aksi nyata dari Hollywood.

Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai siri televisyen baru ini, malah, laman web rasmi Ghost in The Shell belum dikemaskini dengan berita baru ini. Setakat ini, siri anime Ghost in The Shell terbaru ialah GItS SAC 2045 yang sudahpun tamat siarannya.

Apa yang menarik di sini ialah ia dilihat bahawa tiga studio anime terkemuka akan membangunkan siri ini, termasuklah Science Saru, BandaiNamco Filmworks dan juga Production IG.

Seperti yang diperlihatkan pada poster, anime Ghost in The Shell baru ini akan tiba pada 2026 kelak, dengan tarikh khusus akan diperlihatkan kemudian. Setakat ini tarikh siaran juga tidak diketahui lagi.

Sohor Kini