Dune: Part Two Memasuki HBO Go Pada 21 Mei

HBO Go telah mengumumkan yang Dune: Part Two akan mula disiarkan di platform tersebut bermula pada 21 Mei 2024, selepas ditawarkan secara digital sebelum ini. Filem ini sebelum ini memasuki pawagam pada bulan Mac lepas dan telah mengutip $710 juta secara global.

Dune: Part Two merupakan filem kedua bagi siri filem Dune oleh Denis Villeneuve dengan filem ketiga iaitu Dune: Messiah sudah disahkan akan tiba tetapi masih tiada jangkaan tarikh tayangan. Filem pertama juga boleh ditonton di HBO Go dan Netflix.

Sohor Kini