Skip to main content

Xsolla dan Curine Ventures hari ini telah melancarkan secara rasmi Xsolla Curine Academy (XCA) iaitu pusat pembelajaran yang memfokuskan kepada pembangunan permainan video sebagai satu perniagaan. Pusat pembelajaran ini bertempat di KL Eco City.

Inisiatif ini turut mendapat sokongan daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang komited untuk terus mengasah bakat-bakat tempat di dalam industri permainan video. Majlis perasmian XCA dihadiri oleh Raja Muda Selangor Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan Menteri Digital YB Gobind Singh Deo.

XCA menyertakan kursus sepanjang 3 minggu sehingga 1 tahun dengan kelas secara fizikal ataupun secara dalam talian. Dengan kos pengajian serendah RM1,499 sehinggalah RM40 ribu. Anda boleh layari laman rasmi XCA untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply