GTO: Revival iaitu filem yang membawa Takashi Sorimachi menjadi Onizuka akan disiarkan di Jepun pada 1 April 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-65 Fuji TV. GTO: Revival ini akan menjadi kesinambungan kepada siri aksi nyata yang disiarkan pada tahun 1998. Filem ini akan memperlihatkan Onizuka kembali sebagai guru mengajar pelajar-pelajar zaman baharu.

Selain Takashi Sorimachi , bekas pelajar Onizuka iaitu Hiroyuki Ikeuchi yang membawa watak Kunio Murai, Yuta Yamazaki membawa watak Masaru Watanabe, Yosuke Kubozuka membawa watak Yoshito Kikuchi, Hidenori Tokuyama membawa watak Kenji Yoda dan Shun Oguri membawa Noboru Yoshikawa juga akan kembali membawa watak mereka di dalam filem ini bersama dengan Naoto Fujiki yang membawa watak Ryuji Saejima iaitu rakan kepada Onizuka. Pelakon lain yang akan terlibat dengan filem ini ialah Sae Okazaki, Shinya Kote, Rikako Yagi, Meiku Hata, Wataru Hinata, dan Kosuke Suzuki.

Takashi Sorimachi yang merupakan penyanyi untuk muzik runut bagi siri lepas melalui lagi “Poison” juga merakamkan semula lagu tersebut bersama dengan band Blue Encount. Buat masa ini masih tidak disahkan lagi jika GTO: Revival akan turut ditawarkan di pasaran luar Jepun.

Sohor Kini