Lionsgate telah berjaya menngambil-alih Entertainment One (eOne), syarikat produksi/studio di bawah Hasbro pada harga $375 juta iaitu sekitar RM1,720,500,000. Perjanjian ini secara tidak langsung memberi Lionsgate hak kepada 6,500 filem dan siri TV termasuk hak cipta (IP) untuk Peppa Pig, Transformers, Dungeons & Dragons, Magic: The Gathering, My Little Pony, Power Rangers, Play-Doh dan Clue.

Bukan itu sahaja, Lionsgate turut kini memegang hak kepada filem Monopoly yang sedang dalam pembangunan. Pengambil-alihan ini adalah sebahagian strategi perniagaan Lionsgate bagi mengukuhkan studio mereka selain persiapan mengasingkan Starz menjadi syarikat kendiri. Buat masa ini masih tiada sebarang pengumuman mengenai platform penstriman Lionsgate Play serta judul filem atau siri baharu. Sama-sama kita nantikan.

Sumber – Variety

Sohor Kini