Red One adalah filem aksi Krismas oleh Seven Bucks, syarikat produksi Dwayne “The Rock” Johnson bersama-sama dengan Hiram Garcia. Filem ini ditulis oleh Chris Morgan, penulis di sebalik francais The Fast Saga dan Hobbs & Shaw. The Rock sendiri akan berlakon dalam filem ini bersama-sama dengan Chris Evans.

J.K. Simmons, Lucy Liu, Kiernan Shipka, Bonnie Hunt, Kristofer Hivju, Nick Kroll, Mary Elizabeth Ellis dan Wesley Kimmel turut berlakon dalam filem ini. Red One akan menjadi antara filem Amazon Originals yang memasuki pawagam bermula 15 November 2024. The Rock memberitahu yang filem ini adalah satu iterasi baharu untuk filem Krismas yang menggabungkan Jumanji, Miracle on 34th Street, Hobbs & Shaw serta Harry Potter.

Red One dihasilkan oleh Seven Bucks berdasarkan idea oleh Garcia dan dihasilkan bersama-sama dengan Amazon MGM Studios. Warner Bros. akan menjadi pengedar filem untuk pasaran global.

Sumber – The Hollywood Reporter

Sohor Kini