Kisah BlackBerry telah difilemkan sebagai satu biografi mengenai sejarah pembangunan jenama ini. Filem ini menceritakan asal-usul Research and Motion yang ditubuhkan oleh Mike Lazaridis dan Douglas Fregin. Mike dan Doug dilakonkan oleh Jay Baruchel serta Matt Johnson.

Berbeza dengan siri WeWork, Theranos atau filem mengenai Steve Jobs yang lebih serius – BlackBerry lebih ke arah komedi. Filem ini turut menyertakan watak Jim Balsillie lakonan Glenn Howerton. Filem ini ditayangkan pada bulan Mei lepas di Amerika Syarikat dan kini Apple TV serta Google TV telah mula menawarkan versi digital di Malaysia.

Di Apple TV, filem ini boleh disewa pada harga RM12.90 dan dibeli pada harga RM39.90 untuk resolusi 4K. Sementara di Google TV; sewa adalah RM19 untuk SD, RM24 HD dan beli pula RM44 SD, RM54 HD. Filem ini diarahkan oleh Matthew Johnson dan dihasilkan oleh XYZ Films dan diedarkan oleh Paramount Pictures.

Sohor Kini