Skip to main content

Sejak 1995, acara Electronic Entertainment Expo atau lebih dikenali sebagai E3 berlangsung dengan ia menjadi platform utama konsol dan permainan video baharu diumumkan oleh syarikat-syarikat besar. Hari ini ESA yang merupakan penganjur E3 mengumumkan acara tahun ini dibatalkan selama-lamanya.

Kali pertama ia dibatalkan ialah pada tahun 2020 disebabkan pandemik sebelum kembali sebagai acara maya pada tahun berikutnya. Kemudian acara 2022 dan 2023 turut dibatalkan disebabkan oleh pembatalan penglibatan beberapa syarikat penerbitan utama seperti Xbox dan Ubisoft.

E3 2016 di LA Convention Center

Dengan pengumuman boleh dilakukan secara atas talian dan demo diberikan terus kepada pengguna,acara fizikal seperti E3 tidak lagi serasi dengan keperluan semasa serta memerlukan kos yang tinggi kepada penerbit. Beberapa acara baharu seperti Nintendo Direct dan PlayStation Showcase menjadi pesaing yang mempercepatkan kematian E3 sebagai acara gaming terbesar di Amerika Utara.

Leave a Reply