Tiga Lagi Siri MCU Akan Tiba 2024 Nanti

Tahun 2024, hanya ada satu sahaja filem MCU yang telah disahkan setakat ini iaitu Deadpool 3. Tetapi Marvel tidak ingin peminat menjadi bosan menantikan kisah MCU yang lain, jadi akan ada beberapa siri animasi dan siri aksi nyata di Disney+ akan disiarkan.

Siri aksi nyata yang akan tiba adalah Echo pada 10 Januari 2024 serentak 5 episod; Agatha: Darkhold Diaries yang dijangka tiba pada hujung 2024 dan Daredevil Born Again jika tiada perubahan perancangan. Ironheart sepatutnya tiba tahun 2024 juga, tetapi buat masa ini tiada lagi tarikh siaran.

Siri animasi pula adalah X-Men 97′ yang menyambungkan kisah pasukan adiwira ini diketuai oleh Magneto bagi menentang Sinister; Freshman Year Spider-Man yang diubah judul kepada Friendly Neighborhood Spider-Man (kononnya prekuel kepada Spider-Man Tom Holland) serta satu siri Black Panther – Eyes of Wakanda.

Butiran lain masih tidak didedahkan buat masa ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini