Apple telah menerbit treler baharu siri TV Masters of the Air. Kisah benar peperangan tentera Amerika Syarikat yang diterbit oleh Steven Spielberg, Tom Hanks dan Gary Goetzman. Siri ini dibintangi oleh Austin Butler, Callum Turner, Barry Keoghan, Ncuti Gatwa, Anthony Boyle, Nate Mann, Rafferty Law, Josiah Cross dan Branden Cook.

Siri ini diadaptasi daripada novel dengan judul sama oleh Donald L. Miller. Dalam treler di atas kita boleh saksikan bagaimana setiap tentera menempuh pelbagai cabaran dan dugaan untuk menyelamatkan diri dan menumpaskan musuh. Aksi gempak dengan visual imersif kelihatan cukup cantik dengan teknologi the Volume.

Sinopsis rasmi;

Masters of the Air menceritakan kisah pasukan pengebom ke-100 yang kekurangan oksigen, dan dalam keadaan cuaca yang sejuk serta ketakutan mengebom pasukan Nazi dari atas udara. Siri ini akan menceritakan emosi setiap tentera bagaimana mereka ditangkap, dibunuh, dan kejayaan mereka menumpaskan Pemerintahan Ketiga Jerman.

Siri ini akan ke Apple TV+ bermula 26 Januari 2024 dengan dua episod daripada sembilan. Bagi tujuh lagi episod akan disiarkan secara mingguan. Bagi yang berminat untuk menyaksikan siri ini, Apple TV+ boleh dilanggan pada harga RM29.90 sebulan dengan akses percuma selama 7 hari, RM34.90 untuk Apple One atau untuk pelajar RM8.90 sebulan Apple Music percuma Apple TV+.

Sohor Kini