300 adalah filem yang ditulis dan diarahkan oleh Zack Snyder pada tahun 2006 yang diadaptasi daripada komik dengan judul sama oleh Frank Miller. Filem ini adalah kisah fiksyen kepada Battle of Thermopylae yang berlaku pada zaman peperangan Yunani-Parsi. Ia memfokuskan watak King Leonidas (Gerald Butler) yang mengetuai 300 Spartan menentangi Xerxes iaitu Dewa-Raja Parsi yang mempunyai 300,000 askar. 8 tahun kemudian, pada tahun 2014 filem ini menerima sekuel iaitu 300: Rise of an Empire.

Filem ini sepatutnya menjadi trilogi dengan Snyder telah pun menulis skrip filem ketiga iaitu Blood and Ashes. Namun, selepas isu beliau bersama Warner Bros., skrip ini terus tersimpan dan tidak direalisasikan menjadi filem. Baru-baru ini Snyder dilaporkan telah menerima kembali hak filem ini dan bebas untuk menghasilkannya dengan mana-mana studio.
Blood and Ashes mengisahkan hubungan Alexander the Great dengan Haphaestion ketika zaman peperangan Yunani. Buat masa ini, butiran plot serta sama ada adakah Snyder akan menghasilkan filem tidak didedahkan lagi.
Sumber – The Hollywood Reporter