Zack Snyder dikenali ramai kerana filem-filem DCEU dalam mesta Snyderverse. Beliau telah lama tidak melibatkan diri dengan mesta adiwira kerana sibuk memfokuskan mesta Army of the Dead serta baru-baru ini Rebel Moon, iaitu alternatif kepada Star Wars.

Dalam satu temuramah antara The Hollywood Reporter dan Snyder, pencipta filem ini telah mendedahkan minat beliau terhadap kembali semula aktif dalam dunia perfileman adiwira. THR bertanya jika Warner Bros. menyerus semula untuk hadir dengan filem DC atau Disney untuk Marvel adalah Snyder berminat? Jawapan ringkas diberikan iaitu jika untuk DC beliau hanya berminat untuk mengolah semula Dark Knight Returns, sementara untuk Marvel beliau hanya berminat untuk hadir dengan filem Daredevil atau Elektra – mungkin adapatasi Elektra Lives Again oleh Frank Miller.