Jenna Ortega Adalah Calon Bella Swan Jika Twilight Diolah Semula

Twilight adalah francais filem romantik puntianak yang diadaptasi daripada novel oleh Stephenie Meyer. Terdapat lima filem yang mula ditayangkan pada tahun 2008 dan tamat pada tahun 2012. Filem pertama diarahkan oleh Catherine Hardwicke dengan Robert Pattinson sebagai Edward Cullen dan Kristen Stewart sebagai Bella Swan.

Kini telah 11 tahun berlalu tetapi Twilight masih tiada sambungan atau olahan semula. Pengarah filem pertama iaitu Hardwicke memberitahu yang beliau mempunyai calon pelakon jika filem ini akan diolah semula. Bella Swan akan dimainkan oleh Jenna Ortega (Scream, Wednesday) dan Edward Cullen pula oleh Jacob Elordi (The Kissing Booth).

Buat masa ini masih tiada perancangan rasmi sama ada adakah Twilight akan diolah semula ataupun tidak. Pada hemat saya, perkara yang sudah lepas biarkan sahajalah ia berlalu dan tidak perlu untuk mengembalikan satu francais yang sudah ada peminat setianya tersendiri dan yang biasanya akan mengecewakan orang ramai.

Sohor Kini