Naruto Akan Diadaptasi Menjadi Filem Aksi Nyata Oleh Lionsgate

Naruto adalah siri manga yang ditulis dan dilukis oleh Masashi Kishimoto. Atas popularitinya, ia kemudian diadaptasi menjadi siri animasi dan kemudian turut mempunyai beberapa filem animasi. Naruto turut mempunyai kisah sampingan iaitu mengenai anaknya Boruto.

Terbaru, Naruto dilaporkan oleh Variety akan diadaptasi menjadi filem aksi nyata. Filem ini akan ditulis oleh Tasha Huo, iaitu penulis di sebalik filem Red Sonja yang diadaptasi daripada komik dalam mesta sama dengan Conan the Barbarian.

Filem aksi nyata Naruto ini akan dihasilkan oleh Lionsgate, iaitu studio di sebalik filem The Hunger Games. Buat masa ini, jalan cerita serta senarai pelakon masih belum diumumkan. Bila filem ini akan ditayangkan serta sama ada di pawagam atau untuk platform penstriman masih belum disahkan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini