CEO Monsta Nizam Abd Razak hari ini telah mengeluarkan satu ciapan yang mengesahkan satu berita menarik mengenai versi alih-suara jepun filem animasi tempatan Mechamato Movie.

Beliau mengesahkan bahawa Tsuda Kenjiro, pelakon suara anime tersohor akan menyuarakan watak antagonis utama filem tersebut, Jeneral Garakakus dalam alih suara Jepun filem tersebut. Tsuda Kenjiro terkenal untuk memainkan suara watak-watak anime popular seperti Nanami Kento dalam Jujutsu Kaisen, Tatsu dalam Way of The Househusband, Kishibe dalam Chainsaw Man dan Kaolan Wongsawat dalam Kengan Asura.

Beliau diiringi oleh Ayumu Murase yang menyuarakan watak Amato, yang juga terkenal untuk watak-watak lain seperti Hinata Shoyu dalam Haikyuu! dan Venti dalam Genshin Impact bersama-sama dengan Yoshitsugu Matsuoka yang menyuarakan watak Mechamato, dan terkenal untuk watak Kirito dalam Sword Art Online, Inosuke Hashibira dalam Kimetsu no Yaiba dan Soma Yukihira dalam Shokugeki no Soma.

Kenjiro Tsuda merupakan seorang pelakon suara anime yang sangat popular ketika ini kerana watak Nanami Kento yang disuarakannya dalam Jujutsu Kaisen merupakan seorang watak yang disukai ramai. Salah satu tarikan utama watak ini juga, khususnya untuk peminat JJK Malaysia ialah keinginan Nanami Kento yang mahu bersara di Kuantan, Pahang yang dikatakan beberapa kali dalam siri anime tersebut.

Monsta, syarikat disebalik siri animasi dan filem Mechamato mengesahkan bahawa Mechamato Movie akan hadir di Netflix pada bulan ini dalam alih suara bahasa Jepun, Inggeris dan Malaysia pada bulan ini.

Sohor Kini