Gyeongseong Creature adalah K-Drama baharu oleh Netflix yang akan disiarkan bermula 22 Disember ini. Siri ini mempunyai dua bahagian, di mana bahagian kedua akan disiarkan pada 5 Januari 2024 pula. Siri ini menyertakan pelakon hebat seperti Park Seo-Jun dan Han So-Hee.

Ia berlaku pada tahu 1945 di mana Jang Tae-sang dan Yoon Chae-ok adalah dua individu yang tidak menyukai sama sendiri tetapi terpaksa bekerjasama bagi melindungi orang ramai. Zaman ini terdapat rahsia di mana ada raksasa yang membunuh yang mungkin sebahagian daripada rahsia serta konspirasi orang yang terlibat dengan korupsi.

Claudia Kim, Kim Hae-sook, Cho Han-cheul dan Wi Ha-jun turut terlibat dengan siri ini. Ia diarahkan oleh Chung Dong-yoon dengan skrip oleh Kang Eun-kyung.

Sohor Kini