Tahun 1984, Eddie Murphy telah membintangi dalam filem Beverly Hills Cop iaitu sebuah filem aksi komedi mengenai beliau menjadi seorang pegawai polis, Alex Foley. Filem ini kemudian menjadi francais dengan dua lagi filem pada tahun 1987 dan 1994.

Tahun 2024 nanti, iaitu 30 tahun selepas Beverly Hills Cop III – Eddie Murphy akan kembali beraksi sebagai Alex Foley melalui filem yang keempat iaitu Beverly Hills Cop: Alex Foley. Menariknya Judge Reinhold, John Ashton, Paul Reiser dan Bronson Pinchot turut akan kembali menjadi watak asal masing-masing.

Filem ini turut akan menyertakan Kevin Bacon, Joseph Gordon-Levitt dan Taylour Paige. Filem ini ditulis oleh Will Beal (Aquaman), diarahkan oleh Mark Molloy (pengarah baharu) dan diterbit oleh Jerry Bruckheimer (Top Gun: Maverick, bad Boys for Life).

Filem ini akan disiarkan secara eksklusif di Netflix pada tahun 2024. Tarikh siaran tepat tidak diumumkan lagi begitu juga dengan sinopsis filem. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini