Skip to main content

Jika anda berasa nostalgia dan mahu mencuba permainan-permainan komputer klasik era DOS, projek Dos_Deck mungkin boleh membantu sedikit dalam melegakan nostalgia ini.

Dos_deck merupakan sebuah projek permainan DOS klasik yang membolehkan anda untuk memainkan permainan-permainan klasik melalui pelayar web sahaja. Bukan itu sahaja, disamping memainkan permainan-permainan seperti Warcraft, Doom, Castle Wolfenstein dan sebagainya, pihak disebalik projek Dos_deck ini juga telah menambahkan sokongan untuk alat kawalan controller disebalik menggunakan papan kekunci dan tetikus sahaja.

Setakat ini, sebanyak 14 permainan DOS yang boleh dimainkan dengan percuma, tetapi ia adalah versi demo permainan tersebut. Permainan-permainan ini adalah percuma, tetapi ia adalah versi shareware yang ditawarkan secara percuma oleh syarikat-syarikat pembangun. Terdapat pautan yang membawa anda ke laman web GoG dan Steam untuk membeli permainan-permainan ini, tetapi ia tidak dapat diselarikan dengan platform DOS_deck ini.

Anda boleh mencubanya di laman web DOS_deck.

Leave a Reply