Treler baharu bagi siri TV Percy Jackson and the Olympians telah pun diterbit oleh Disney. Treler ini mempertontonkan adegan aksi dan pengembaraan yang menarik dan siri ini dilihat mempunyai potensi yang baik untuk peminat Percy Jackson. Anda boleh tonton treler ini di bawah;
Percy Jackson dibawakan oleh Walker Scobell (The Adam Project) di mana dia adalah spesis separa dewa dan anak kepada Poseidon. Dalam siri ini, Percy Jackson akan berlatih di Camp Halfblood dan ditugaskan untuk mencari Master Bolt yang dicuri dengan bantuan Annabeth dan Grover lakonan Leah Jeffries serta Aryan Simhadri.

Penulis buku Percy Jackson iaitu Rick Riordan terlibat dengan pembangunan filem ini berbeza dengan dua filem sebelumnya. Pelakon lain yang terlibat dengan siri ini adalah Lin-Manuel Miranda sebaga Hermes, Megan Mullally sebagai Mrs. Dodds, Toby Stephens sebagai Poseidon, Virginia Kull sebagai Sally Jackson, Jason Mantzoukas sebagai Dionysus, Jay Duplass sebagai Hades, Glynn Turman sebagai Chiron, Lance Reddick sebagai Zeus dan ramai lagi.
Percy Jackson and the Olympians akan ke Disney+ bermula 20 Disember ini dengan dua episod. Ia kemudian akan diteruskan secara mingguan untuk baki lagi 4 episod.