Shadow and Bone adalah siri TV di Netflix yang diadaptasi daripada buku dengan judul sama karya Leigh Bardugo. Buku ini terdapat tiga jilid, dan turut terdapat dua jilid kisah sampingan Six of Crows yang juga sepatutnya diadaptasi menjadi siri TV. Semua kisah buku Bardugo ini berada dalam mesta Grishaverse.

Di Netflix telah pun terdapat dua musim Shadow and Bone dan baru-baru ini Netflix telah membatalkan musim ketiga. Siri sampingan Six of Crows turut tidak akan diteruskan. Antara sebab ia dibatalkan adalah kerana kes mogok lepas dan menurut sumber, nisbah antara prestasi siri TV dan kos pembangunan dikatakan tidak berbaloi untuk meneruskan francais ini.

Sumber: IG Leigh Bardugo

Sohor Kini