Frozen 4 Kini Dalam Pembangunan Peringkat Awal

Bulan Februari lalu telah kami laporkan yang filem Frozen 3 sedang dibangunkan. Filem ini masih tiada jalan cerita, senarai watak dan pelakon suara baharu serta tarikh tayangan lagi. Terbaru, Bob Iger selaku CEO Disney telah mengesahkan yang Frozen 4 turut dalam pembangunan.

Pencipta dan pengarah francais Frozen iaitu Jennifer Lee dikatakan kembali terlibat dengan kedua-dua filem ini. Begitu juga dengan Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez yang mencipta lagu bagi Frozen dan Frozen 2 akan kembali menghasilkan filem Frozen 3 dan Frozen 4.

Sementara menantikan ketibaan kedua-dua filem Frozen baharu ini, kisah Anna dan Elsa disampaikan dalam bentuk podsiar iaitu Frozen: Forces of Nature yang turut menyertakan dua watak baharu iaitu Queen Disa permaisuri Sankerhus dan Lord Wolfgang anak saudara Duke of Weselton.

Sohor Kini