The Omen adalah filem seram klasik yang ditayangkan pada tahun 1976. Ia mengisahkan seorang kanak-kanak Damien Thorn yang dikatakan adalah anak kepada setan. Filem ini diteruskan untuk tiga lagi filem iaitu Damien: Omen II pada tahun 1978, Omen III: The Final Conflict pada tahun 1981 dan Omen IV: The Awakening pada 1991.

The Omen diolah semula pada tahun 2006 dengan penulis yang sama iaitu David Seltzer dan diarahkan pula oleh John Moore (A Good Day To Die Hard). Terbaru, filem prekuel pula iaitu The First Omen akan ditayangkan pada 4 April 2024. Berikut adalah imej pertama filem ini dan sinopsis rasmi;

The First Omen akan mengisahkan seorang wanita yang merantau ke Rome untuk menjadi rahib wanita. Suatu hari dia menemui sesuatu perkara misteri yang mempersoalkan semula kepercayaannya dan telah merungkai konspirasi mengenai anak yang dilahirkan setan.

Filem ini dibintangi oleh Nell Tiger Free (Servant), Tawfeek Barhom (Mary Magdalene), Sonia Braga (Kiss of the Spider Woman), Ralph Ineson (The Northman), dan Bill Nighy (Living). Filem ini diarahkan oleh Arkasha Stevenson berdasarkan skrip oleh beliau sendiri bersama-sama dengan Ben Jacoby (Bleed) Tim Smith dan Keith Thomas.

Sohor Kini