Akaun Twitter/X Ask PlayStation hari ini telah mengumumkan bahawa penilaian berbintang telah mula diperkenalkan di PlayStation Store bermula hari ini.

Kemaskini ini sudahpun mula diperkenalkan di semua gedung PlayStation Store, dan pengguna akan perlu melog masuk kedalam akaun mereka untuk memberi penilaian bintang mereka sendiri.

Pengguna boleh memberi penilaian dari 1-5 bintang pada mana-mana permainan PlayStation yang diperlihatkan, dan ini membolehkan pengguna lain untuk melihat dengan cepat dan mudah permainan-permainan manakah yang berbaloi dibeli, dan yang manakah tidak.

Sohor Kini