Treler Madame Web Memperlihatkan Sekumpulan Spider-Woman Beraksi

Madame Web adalah filem baharu Sony Pictures yang berlaku dalam Sony’s Spider-Man Universe. Ia mengisahkan Cassandra Webb yang menyedari dia memliki kuasa meramal masa hadapan. Dia yang merupakan seorang paramedik di Manhattan mula bekerjasama dengan tiga wanita sambil terpaksa menempuhi kisah silam yang rumit dan menentang penjahat iaitu Ezekiel Main yang memakai sut seakan Soider-Man.

Tonton treler rasmi di bawah;

Filem ini diarahkan oleh pengarah siri Jeesica Jones dan The Defenders iaitu S.J. Clarkson dan Madame Webb secara tidak langsung menjadi filem adiwira wanita pertama Sony Pictures. Clarkson turut menulis skrip bersama-sama dengan Claire Parker.

Dalam treler turut kelihatan Sydney Sweeney sebagai Julia Carpenter/Spider-Woman, Isabela Merced sebagai Anya Corazon/Spider-Girl, dan Celeste O’Connor turut kelihatan memakai kostum variasi Spider-Woman/Girl. Selepas Webb boleh meramal masa hadapan, dia menggunakannya untuk menyelamatkan orang ramai dan mula diancam oleh Ezekiel Main.

Jika anda tertanya kenapa Madame Webb masih mudah, tidak buta dan masih boleh berjalan berbeza di dalam komik yang sudah tua dan kaki sakit – filem ini dikatakan kisah Webb ketika muda. Pelakon lain seperti Adam Scott dan Emma Roberts dikatakan membawa watak Ben dan Mary Parker ketika muda dan turut menyertai mereka adalah Mike Epps dan Zosia Mamet.

Madame Webb akan ke pawagam bermula 14 Februari 2024.

Sohor Kini