Marvel Tiada Perancangan Untuk Meneruskan Watak Loki

Menurut Tom Hiddleston, siri TV Loki musim kedua episod keenam adalah konklusi kepada kerjaya beliau untuk MCU selama 14 tahun. Bermula sebagai antagonis, kemudian menjadi anti-hero dan kini menjadi hero kepada multimesta – menjaga segala garis masa penceritaan Marvel.

Berbeza dengan musim pertama di mana episod akhir memberitahu kisah Loki akan bersambung dengan musim kedua, tetapi pada musim kedua ini tiada indikasi yang musim ketiga akan diteruskan. Eric Martin selaku pencipta musim kedua memberitahu CinemaBlend yang kisah Loki memang dirancang untuk dua musim sahaja.

Kini kisah Loki telah tamat dan studio bebas untuk mengembalikan Tom Hiddleston di mana-mana siri TV atau filem MCU. Cuma buat masa ini, Marvel masih tiada perancangan untuk meneruskan watak ini dalam masa terdekat. Mungkin sudah berdekatan dengan filem Avengers: Secret War atau Thor 5 nanti baru kita akan mendengar sesuatu.

Sohor Kini