Seperti yang didedahkan pada bulan Jun lepas, buku Cixin Liu iaitu 3 Body Problem akan diadaptasi menjadi siri TV di Netflix. Siri ini dihasilkan oleh David Benioff dan D.B. Weiss yang menjayakan francais Games of Thrones bersama-sama dengan Alexander Woo (True Bloods).
Baru-baru ini, Netflix berkongsi klip siri ini;
Klip ini memperlihatkan John Bradley sebagai Jack Rooney dan Jess Hong sebagai Jin Cheng dengan sejenis set kepala seakan set realiti maya. Selepas dipakai, Rooney dibawa ke lokasi misteri dengan piramid kemudian watak lakonan Shimooka menghayun pedangnya ke Rooney. Siri ini akan tiba di Netflix pada 21 Mac 2024.
Siri ini mengisahkan seorang gadis di China pada tahun 1960 yang yang mana tindakan dia telah memberi kesan ke seluruh angkasa dan masa. Di masa kini, sekumpulan saintis telah menyedari satu perubahan berlaku yang mana tidak masuk akal kerana melanggar semua hukum alam dan terpaksa bersedia dengan ancaman yang tidak diduga.