Masih terdapat banyak filem seram ngeri yang tidak tiba di pasaran Malaysia. Salah satu sebabnya adalah kerana ia terlampau ganas ataupun filem tersebut adalah filem indie dengan bajet rendah yang tidak mempunyai bajet diedarkan ke peringkat global. Salah satu filem ini adalah francais Terrifier.
Terbaru, Terrifier 3 akan ditayangkan di Amerika Syarikat 25 Oktober 2024 nanti. Selepas kejadian dalam Terrifier 2 di mana Art the Clown mati dibunuh oleh Sienna Shaw (Lauren LaVera). Dia dilihat akan kembali membunuh sesiapa sahaja tanpa belas kasihan dalam filem ketiga ini. Kali ini dia menyamar sebagai Santa Claus pula dan kanak-kanak adalah mangsa.
Terrifier masih hidup kerana mangsa dalam filem pertama yang terselamat iaitu Victoria Heyes (Samantha Scaffidi) telah melahirkan kepala Art the Clown yang dipancung oleh Sienna. Tonton treler acah di bawah;