Inside Out 2 adalah filem animasi baharu Disney dan Pixar yang bakal ditayangkan pada 13 Jun 2024 nanti. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Inside Out yang ditayangkan pada tahun 2015. Ia mengisahkan perasaan-perasaan Riley di dalam minda dia.
Selepas filem pertama memperkenalkan perasaan Joy, Sadness, Anger, Fear dan Disgust – filem kedua memperkenalkan perasaan baharu iaitu Anxiety yang baru muncul kerana Riley yang sudah dewasa. Treler filem ini telah memecahkan rekod treler filem animasi Disney dengan 157 juta tontonan dalam masa 24 jam. 78 juta tontonan adalah dari TikTok.
Rekod sebelum ini dipegang oleh treler filem Frozen 2 yang turut menerima jumlah tontonan 116.4 juta dalam masa 24 jam.