Tahun hadapan, Netflix bakal hadir dengan filem animasi janaan komputer (CG-Animated) Ultraman: Rising. Satu kisah berbeza dengan siri animasi Ultraman mereka, tetapi filem ini masih satu produksi yang dihasilkan bersama-sama dengan Tsuburaya Productions.

Filem ini mengisahkan Ken Sato seorang atlet besbol yang juga merupakan Ultraman, adiwira dunia. Suatu hari, selepas satu pertempuran dengan raksasa dia bertembung dengan bayi raksasa yang menyangkakan dia adalah ayahnya. Pada masa sama, Sato turut terpaksa bersemuka dengan ayahnya yang tidak mempunyai hubungan baik serta rancangan jahat oleh Kaiju Defense Force.

Filem ini akan tiba pada tahun 2024 nanti, tetapi masih tiada tarikh lagi buat masa ini. Filem ini dibintangi oleh Christopher Sean (You), Gedde Watanabe (Gremlins 2), Tamlyn Tomita (Cobra Kai), Keone Young (Men in Black 3) dan Julia Harriman. Ultraman: Rising diarahkan oleh Shannon Tindle (Lost Ollie) dan John Aoshima (Kubo and the Two Strings).

Leave a Reply