Semalam akhirnya, mogok para pelakon di Amerika Syarikat di bawah SAG-AFTRA telah tamat kerana kesatuan pelakon ini telah bersetuju dengan perjanjian studio-studio di Hollywood selepas 118 hari mereka mogok.
Perjanjian baharu ini akan melindungi para pelakon daripada studio yang cuba menggunakan perkhidmatan kecerdasan buatan menjana wajah pelakon serta memberi kenaikan gaji sehingga 7%, iaitu 2% lebih tinggi berbanding perjanjian bersama para penulis.

Bukan itu sahaja, setiap pelakon turut akan menerima bonus untuk kerja-kerja mereka yang disiarkan di platform penstriman, peningkatan simpanan pencen serta sumbangan untuk kesihatan masing-masing. Namun begitu, SAG-AFTRA masih tidak menerima semua yang mereka usulkan dan akan melakukan perbincangan semula pada tahun 2026 nanti.
Jika anda melihat laman-laman media sosial milik para pelakon, mereka sudah mula mempromosikan filem dan siri TV masing-masing.
Sumber – Variety