Ghostbusters: Frozen Empire adalah filem baharu Ghostbusters yang merupakan sekuel kepada Afterlife. Seperti laporan sebelum ini, pasukan Ghostbusters akan kembali ke bandar New York di lokasi ikonik iaitu bekas balai bomba yang muncul dalam dua filem asal.
Hari ini trerler pertama dipertontonkan;
Dalam treler kita boleh lihat yang Paul Rudd kini menjadi ahli Ghosbusters baharu bersama-sama dengan Carrie Coon, Finn Wolfhard dan Mckenna Grace. Kali ini terdapat musuh baharu yang mempunyai kuasa sejuk beku yang membunuh. Membantu pasukan ini adalah watak Patton Oswalt, Kumail Nanjiani dan Ernie Hudson turut kembali bersama-sama Annie Potts.
Berikut adalah sinopsis rasmi filem ini;
Winston Zeddemore telah membina satu makmal rahsia untuk menumpaskan hantu-hantu yang mengganggu. Semasa melakukan kajian artifak usang, tenaga jahat terlepas dengan kuas sejuk beku – ahli Ghostbusters lama kembali beraksi bersama-sama dengan pasukan Ghostbusters baharu di bandar New York iaitu lokasi ikonik yang muncul dalam filem asal.
Ghostbusters: Frozen Empire diarahkan oleh Gil Kenan, beliau turut menulis skrip bersama-sama dengan Jason Reitman. Filem akan ditayangkan pada Mac 2024 akan datang.