W: Two Worlds Versi Drama Melayu Akan Ke Viu 30 November Ini

Semasa zaman belajar, K-Drama adalah siri kegemaran yang saya maratonton sehingga tidak terkira berapa banyak telah ditonton. Salah satu kegemaran saya yang sehingga hari ini masih saya ingat adalah W: Two World lakonan Lee Jong Suk dan Han Hyo Joo, ditulis oleh Song Jae Jung dan diarahkan oleh Jung Dae Yoon.

K-Drama ini akan mempunyai versi bahasa Melayu yang akan disiarkan ke Viu. W: Two World mengisahkan dua watak dari dua dunia berbeza bertemu dan jatuh cinta. Tetapi pada masa yang sama, watak utama wanita yang merupakan doktor termasuk ke dunia “W” iaitu komik digital ciptaan ayah dia dan terus terlibat dengan misteri pembunuhan atlet profesional negara.

Versi Viu ini akan melibatkan Daiyan Trisha sebagai Izara Omar, Hun Haqeem sebagai Aliff Hadi, Elizabeth Tan sebagai Hanna , Faizal Hussein sebagai Omar Yusuf, Tony Eusoff sebagai Musa, Amerul Affendi sebagai Shawn dan juga Azrul Zaidi sebagai Dr Zul. Yusry Abd Halim adalah pengarah bagi siri ini.

W: Two World akan ke Viu bermula 30 November ini.

Sohor Kini