Apple TV+ Bakal Hadir Dengan Filem Asli Peanuts

Peanuts adalah siri jalur komik di surat khabar yang ditulis dan dilukis oleh Charles M. Schulz. Ia mengisahkan sekumpulan kanak-kanak iaitu Charlie Brown, Franklin, Lucy Van Pelt, Linus Van Pelt, Peppermint Patty, Sally dan dua haiwan iaitu Woodstock dan Snoopy.

The Peanuts Movie, 2015

Peanuts turut telah diadaptasi menjadi siri animasi dan beberapa filem. Di Apple TV+ beberapa filem lama boleh distrim termasuk dengan siri The Peanuts Classics. Akan datang WildBrain selaku pemegang IP francais ini bersama-sama dengan Peanuts Worldwide dan Apple akan hadir dengan satu filem asli Peanuts baharu.

The Peanuts Movie, 2015

Filem ini akan memperlihatkan Peanuts dan rakan-rakan menerokai Big City dan sama-sama mempelajari erti persahabatan sebenar. Skrip ditulis oleh Karey Kirkpatrick berdasarkan cerita oleh Craig Shulz, Bryan Schulz dan Cornelius Uliano (trio yang menulis filem Peanuts The Movie, 2015). Filem ini adalah filem pertama selepas The Peanuts Movie yang ditayangkan pada tahun 2015.

Sohor Kini