Sebuah filem menarik yang bakal menjadi kandungan hiburan untuk luang masa bersama keluarga di musim cuti Disember ini bakal tiba di Apple TV+ iaitu The Family Plan. Hari ini treler pertama bagi filem ini telah dikongsi;

Dalam treler kita boleh lihat Mark Wahlberg kini adalah seorang bapa yang penyayang dan sangat mengambil berat atas keluarga dia. Tetapi seorang ahli keluarga pun tidak tahu yang dia adalah bekas pembunuh untuk kerajaan yang kini diburu musuh. Jadi filem ini akan memperlihatkan bagaimana watak Wahlberg cuba mencari identiti baharu bersama keluarga sambil diburu.

Tidak dinafikan penceritaan filem ini kelihatan ringkas dan klise. Namun treler mencadangkan sesuatu yang seronok untuk ditonton bersama keluarga seperti filem Ghosted. Mereka yang ingin sebuah filem komedi dengan aksi gempak, The Fall Guy akan ke Apple TV+ 15 Disember ini.

Sohor Kini