The Marvels adalah filem terakhir MCU tahun 2023, sementara Loki pula adalah siri terakhir. Selepas ini kita akan menantikan berbulan sebelum kandungan MCU 2025 boleh ditonton. Hari ini treler terakhir The Marvels dikongsi dengan mengimbau kembali detik penting dalam Avengers: Endgame.
Katanya, kejahatan Thanos tidak akan berhenti kerana akan ada yang lain meneruskan kerja dia. Terdapat petikan Nick Fury menyatakan yang adiwira sudah usang tetapi dunia masih boleh menggunakan mereka. Tessa Thompson sebagai Valkyrie turut muncul memberitahu Captain Marvel dia tidak boleh menjadi hebat/berani dengan tidak berseorangan.
The Marvels adalah filem yang ramai tidak mempunyai harapan tinggi kerana semasa penggambaran terdapat banyak isu berlaku. Antaranya adalah banyak penggambaran semula, yang mana semua tahu sejarah MCU – penggambaran semula bermakna ada adegan baik dipotong dan digantikan dengan adegan separuh masak.
Apa-apa pun, peminat Captain Marvel, WandaVision, Ms. Marvel boleh menyaksikan aksi Brie Larson, Teyonah Paris dan Iman Vellani bermula 9 November ini ditemani oleh Zawe Ashton, Gary Lewis, Seo-Jun Park, Zenobia Shroff, Mohan Kapur, Saagar Shaikh, dan juga Samuel L. Jackson.