Barbenheimer telah menjadi satu fenomena di mana dia filem blockbuster Hollywood ditayangkan pada minggu yang sama. Terma ini adalah untuk filem Oppenheimer dan juga Barbie dan seorang pencipta filem bajet rendah Amerika Syarikat ingin mengambil kesempatan di atas populariti terma ini dengan membangunkan filem dengan judul sama.
Filem Barbenheimer mengisahkan seorang anak patung yang bekerja sebagai doktor di Dolltopia iaitu Dr. Bambi J. Barbenheimer. Dunia Dolltopia adalah dunia di mana parti tanpa henti, Bambi yang mempunyai teman lelaki Twink Dollman suatu hari menyedari manusia bermain dengan anak patung dengan cara yang ganas lalu ingin membina bom nuklear bagi menghapuskan manusia.

Filem ini akan ditulis dan diarahkan oleh Charles Band, yang terkenal dengan filem bajet rendah beliau. Filem ini merupakan sebuah komedi dan juga parodi dengan bajet sekitar $1 juta sahaja. Band turut menyedari yang filem ini adalah satu projek yang mengarut, tetapi demi komedi untuk semua – beliau cuba menjayakannya dengan hasrat tayangan sekitar tahun 2024.
Sumber – Hollywood Reporter