Ryan Gosling bakal kembali beraksi dalam satu filem aksi komedi baharu iaitu The Fall Guy bersama-sama dengan Emily Blunt. Filem ini diadaptasi daripada siri TV dengan judul sama pada tahun 1980-an oleh Glen A. Larson.
Anda boleh tonton treler filem ini di bawah;
The Fall Guy mengisahkan pelagak ngeri yang tidak lagi popular menerima kerja baharu. Tetapi dia ditugaskan mencari pelakon utama yang hilang dan kini terlibat dengan aksi sebenar bukan lagi lakonan. Pada masa sama, dia turut kembali bertemu dengan bekas kekasih yang mendatangkan konflik lucu.
The Fall Guy diarahkan oleh David Leitch, skrin oleh Drew Pearce serta turut dibintangi oleh Winston Duke (Black Panther: Wakanda Forever), Aaron Taylor-Johnson (Kraven the Hunter), Stephanie Hsu (Everything Everywhere All At Once), dan Hannah Waddingham (Ted Lasso). Filem ini akan tiba di pawagam pada 1 Mac 2024.