Dengan kemajuan perkhidmatan generatif AI, ia telah menjejaskan ramai artis kerana mendakwa karya mereka diciplak oleh kecerdasan buatan. Kewujudan generatif AI turut menjadi sebab kenapa penulis dan pelakon di Amerika Syarikat mogok. Sistem AI ini boleh menjana imej dengan prom teks, boleh menjana suara dengan mengklonkan suara asal dan banyak lagi.
Terbaru, Scarlett Johanson telah menyaman aplikasi Lisa AI: 90s Yearbook & Avatar kerana menggunakan persamaan beliau iaitu wajah dan suara tanpa kebenaran dalam mempromosikan aplikasi generatif AI ini. Video yang dijana ini dilihat telah dipadam, tetapi di bawah ini adalah video asli yang belum diubahsuai;
Secara lambakan perkhidmatan-perkhidmatan generatif AI muncul, banyak pembangun mencurigakan cuba mengambil kesempatan ke atas pengguna yang tidak arif dengan kemajuan teknologi. Contohnya, Lisa AI berdasarkan rating di App Store dan Play Store ia tidak berfungsi dengan baik dan turut ada yang telah membayar dan tidak menerima apa-apa.
Menurut Variety, kes saman ini masih di peringkat awal dan tidak pasti sama ada wakil Scarlett Johanson akan membawa Convert Software iaitu pembangun Lisa AI ke mahkamah atau menyelesaikannya secara aman.