Pico 4 adalah set kepala realiti gabungan mampu milik pertama yang dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Pengguna tidak memerlukan peranti tambahan dan boleh menggunakan Pico 4 secara kendiri sepenuhnya. Ia mempunyai ciri dan fungsi seakan Meta Quest, termasuk sokongan pemantauan kecergasan dan kesihatan, permainan video dan juga metamesta untuk bersosial dengan pengguna Pico 4 lain.

Terbaru, bermula 1 November sehingga 31 November Pico telah menawarkan diskaun kepada dua permainan VR. Ia adalah berkas Fruit Ninja VR 1 dan Fruit Ninja VR 2. Kedua-dua permainan ini boleh dibeli pada harga RM111.49, berbanding sebelum ini mencapai RM162.48.

Fruit Ninja VR menawarkan pengalaman permainan yang lebih kurang sama dengan versi permua, iaitu mencantas buah-buahan yang tercampak. Terdapat pelbagai mod permainan termasuk Fruit Frenzy, menerokai dunia metamesta Fruit Ninja dengan Fruit Adventures atau bermain dengan rakan melalui Multiplayer Madness.

Baca – Ulasan Pico 4 – Selamat Tinggal Realiti, Dunia Maya Semakin Menjadi

Sohor Kini