BoBoiBoy Movie 3 Akan Tiba Pada 2025

Semasa MonstaCon 2022, Monsta telah mengesahkan yang filem BoBoiBoy Movie 3 akan tiba pada tahun 2025. Ia adalah sebahagian perancangan lima tahun mereka bagi mengembangkan Power Sphera Universe.

Hari ini, BoBoiBoy Movie 3 sekali lagi diingatkan akan tiba pada tahun 2025 jika tiada sebarang halangan berlaku. Monsta akan membangunkan siri animasi BoBoiBoy Galaxy 2 dahulu dengan kisah Sori pada Disember ini, kemudian Windara dan Gentar pada 2024 dan akhir sekali Gur’latan yang akan membawa penonton ke filem ketiga.

Sohor Kini